Friday, May 15, 2009

novelku- setitis kasih- part 1....part 2 akn menyusul nti...

Malam mula merangkak perlahan-lahan namun tika itu tiada bulan yang menemani malam yang makin menyepi. Mungkin itu petanda titisan hujan bakal turun.Sedetik kemudian, titisan gerimis mula membasahi bumi.Lama-lama kemudian hujan mula menggila.Di dalam sebuah bilik yang agak kecil, hanya terdapat almari lama yang telah uzur, katil yang tilamnya telah penyek kerana terlalu lama tidak ditukar.Kedengaran suara halus menangis, teresak-esak diselangi dengan bunyi hujan yang makin menggila. Malam seolah-olah menangisi nasibnya.

Nurul Iman Alisa, nama yang cukup cantik namun tiada siapa yang tahu kisah hidup peritnya.Itulah dirinya, yang akan menangis dikala semua penghuni dirumah itu tidur nyenyak, tinggal Iman yang akan meluahkan rasa hatinya. Baginya menangis adalah cara terbaik untuk meluahkan segalanya. Dia dilahirkan dalam keluarga yang agak miskin. Ayahnya hanyalah tukang rumah dan ibunya tidak bekerja. Dia mempunyai 11 orang adik- beradik dan merupakan anak keenam. Dia memang terkenal di sekolah kerana kepandaiannya dan bakatnya bukan sahaja dalam kepimpinan tetapi berpidato dan berbahas malahan dia mempunyai suara yang lunak merdu. Wajahnya boleh dikategorikan dalam kalangan yang cantik. Namun, dia tidak pernah leka dengan keistimewaannya itu malahan selalu sahaja merendah diri.

Dalam pekat malam itu, hanya tangisan yang boleh melegakan perasaannya, tiada siapa yang tahu akan hatinya. Lama- kelamaan esakan tangis Iman mula perlahan dan tidak terdengar langsung lagi. Dia telah tertidur. Jam menunjukkan angka 4 pagi, Iman mula terjaga apabila bunyi jam loceng yang telah disetnya berbunyi. Terpisat-pisat dia bangun, mengambil wuduk dan terus mengerjakan solat sunat tahajud. Itulah rutinnya dikala sepertiga malam. Selesai solat dia mula menelaah pelajarannya. Mujur hari ini hari minggu, jadi tidaklah dia tergopoh- gapah bersiap kesekolah. Tahun ini bakal menguji segalanya ilmu yang dipelajari dari tingkatan 4 dan 5. Beberapa bulan lagi dia akan menduduki SPM. Azan subuh mula kedengaran dengan syahdunya. Rumahnya yang hanya bersebelahan surau membuatkan azan terdengar dengan jelasnya. Dia cepat-cepat mengambil wuduk dan menunaikan kewajipan sebagai umat islam. Memang Iman tak pernah lalai dengan tugasnya sebagai hambaAllah.

Selesai solat,die terus bergegas ke dapur. Dia harus cepat menyiapkan sarapan pagi, adiknya seramai 5 orang lagi akan bangun dan merengek-rengek kelaparan sekejap lagi. Walaupun Iman anak ke enam, tetapi dialah yang sulong di rumah itu sekarang kerana 2 orang kakaknya sedang menuntut di universiti, 2 orang lagi bekerja di Kuala Lumpur dan abangya pula bekerja di bandar berhampiran kampungnya dan duduk di rumah sewa. Di dapur, Iman mula menggaru- garu kepalanya yang tak gatal. "Hurm....apa yang aku nak masak ni, semua pon tak ada... Ada beras je.." Iman bermonolog sendiri.Die mula resah, rumahnya hanya ada beras sahaja. "Mak....Oooo Mak...." Iman mula memanggil ibunya."Mak,telur ayam yang kat bawah rumah ada lagi tak mak?" Iman mula teringat mungkin ada telur dari reban ayam di bawah rumahnya." Ada agaknya Iman, cube Iman tengok, biasanya pagi- pagi ni bertelur la ayam tu. Pergila ambil, boleh buat nasi goreng nanti".Ibunya yang tidak elok lagi demamnya berkata perlahan. "Baiklah mak, Iman pergi ambil sekarang, lepas tu Iman nak ambil kangkung yang mak tanam kat tanah dekat sawah tu. Nanti boleh campur sekali ngan nasi goreng nanti mak." Iman memberitahu ibunya dengan suara yang lembut.Ibunya hanya mengangguk sahaja.

Iman mula terbongkok-bongkok di bawah rumahnya untuk mengambil telur ayam, dia bernasib baik kerana ada juga 3 biji telur ayam. Memang ayam ini telah banyak menabur bakti untuk keluarganya. Selepas itu, dia mula menuju ke tanah berdekatan dengan sawah untuk mengambil kangkung yang ditanam ibunya.Dia mula bergegas pulang kerana bimbang adik-adiknya nanti kelaparan pula.Maklumla, semalam adik-adiknya makan awal dan hanya nasi berlaukkan ikan masin sahaja. Di dapur, Iman mula menumis bawang.Bau harum mula meresap ke seluruh rumah. Adik-adiknya yang sedang nyenyak tidur terbangun. " Kak iman masak nasi goreng ke, epi nak, epi da lapar ni. Da siap masak belum Kak Iman?" Adik bongsunya Firhan Amril mula merengek-rengek kelaparan."Kejap ye, epi pergila basuh muka dulu, Kak Iman da siapkan air teh tu atas meja, lepas pi basuh muka, jangan lupa gosok gigi tau. Lepas tu, kita makan sama-sama ye nti"Iman memujuk lembut adik bongsunya yang agak manja itu. " ok, kak Iman masak cepat-cepat tau, Epi da lapar ni".Adiknya mula berlari kebilik air.

Memang adik-adiknya semua menurut kata. Iman cepat-cepat menyiapkan nasi gorengnya dan dihidang di atas meja."Aiman, E, Mi, Irfan, Pi, jom makan. Da siap da ni, cepat makan, sape yang lambat nanti tak dapat makan". Iman menjerit memanggil adik-adiknya.Memang begitulah tugas hariannya,ibarat suri rumah sepenuh masa. Ibunya sering sakit selepas melahirkan adiknya Firhan Amril. Ayahnya pula penat mencari rezeki tidak kira siang atau malam. Maka, dialah ibu dan ayah yang menguruskan adik-adiknya.

Selesai sarapan, Iman mula membersihkan diri agar lebih segar kerana selepas ini dia perlu mengulangkaji pelajaran. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi. Dia ingin buktikan yang anak orang miskin seperti dirinya juga mampu berjaya. Iman merupakan pelajar yang pintar. ketika sekolah rendah dia kurang menyerlah kerana perasaan rendah dirinya, namun apabila menjejak kaki ke sekolah menengah, Iman seolah-olah mendapat kekuatan baru untuk berjaya. Buktinya dia berjaya mendapat 8A dalam PMR lepas dan die merupakan pemidato dan pemantun negeri."Hurm..." Iman mengeluh resah, seperti mana SPM nya sebulan sahaja lagi, pertandingan pidato peringkat negeri juga sebulan sahaja lagi.Dia harus mempersiapkan diri kerana dia mewakili daerahnya. Dia memang tidak pernah kalah dalam sebarang pertandingan, maka dia berazam untuk mengekalkan kemenangannya. "okey, sekarang pukul 9,aku ada mase 4 jam sebelum siapkan makan tengahari. 3 jam aku study, 1 jam lagi aku nak praktis pidato lak". Iman mula mencongak-congak masanya sendiri.

Masa berlalu dengan pantas, jam menunjukkan pukul 12 tengahari. "Iman, tolong mak jemur padi ni nak, ni tengah panas ni, nanti rugi pulak, Iman pergi jemur kejap kat padang sana tu".Kedengaran suara ibunya memberitahu. Iman bergegas bangun. Dia cepat-cepat ke stor belakang dan terus mengambil seguning padi di situ. "beratla mak, Iman tak boleh angkat sorang-sorang ni".Iman mula mengeluh, kudrat perempuannya tidaklah sekuat mana." Aiman, meh tolong kak Iman angkat padi ni jap" Iman menjerit memangil adik lelakinya aiman yang baru ditingkatan 2. Kedengaran tapak kaki aiman berlari-lari mendapatkannya. Rumahnya yang kecik membuatkan senang dia ingin memanggil adiknya kerana mudah didengar.Dia bertuah kerana mempunyai adik-adik yang baik dan mengikut kata. Selesai padi dijemur, Iman cepat-cepat pulang ke rumah kerana dia perlu menyiapkan makan tengahari pula untuk adik- adik, ibunya dan ayahnya yang pulang bekerja nanti.

Dari kejauhan, die telah nampak ayahnya mengambil lauk-lauk dari bakul depan motor buruk ayahnya. Itulah ayahnya, walau sepenat mana berpanas terik membuat rumah, ayahnya takkan melupakan makan minum anak-anak dan isterinya.Iman bertuah mempunyai ayah sebaik itu. Sampai di beranda rumahnya die terus mendapatkan ayahnya." Ayah beli ape tu yah?" Iman mula bertanya sambil membelek-belek lauk-pauk yang dibeli ayahnya."Ayah kau tu beli ayam, ikan, telur, kubis dan segalanya macam lagi la Iman" Kedengaran suara emaknya menyampuk dari belakang. "Wah, banyak duit ayah...heheehehe.."Iman mula seronok kerana jarang-jarang sekali mereka sekeluarga dapat makan semewah itu. "Da Iman, bawa semua ni ke dapur ye...tu ayah ad beli serbuk kari, nanti Iman masakkan kari ayam ye" Ayah bersuara lembut. Iman mengangguk sahaja, memang kari ayam merupakan kegemaran ayah. Di dapur Iman mula memasak sambil menyanyi- nyanyi.Dia seronok apabila melihat barang-barang dapur yang banyak. Memang ayahnya tak kan biarkan anak-anaknya berlapar. Tengahari itu, mereka sekeluarga makan dengan penuh selera. Hari minggu bagi Iman selau barlalu dengan cepat kerana banyak tugas yang harus dibuatnya dirumah.Iman tidak pernah mengeluh malah dia bahagia apabila melihat keluarganya gembira.

Masa sebulan berlalu dengan pantas, esok merupakan hari pertandingan pidatonya dan dua hari selepas itu peperiksaan SPM nya akan bermula. Malam itu Iman berlatih dengan tekun, die menghafal teks pidatonya sambil memandang cermin. Memang itula rahsia dia mendapat keyakinan apabila berpidato nanti. Malam itu dia tidur awal kerana ingin mengumpul tenaga untuk esok hari. Azan subuh mula kedengaran, Iman tergesa-gesa bangun dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Dia tidak pernah lupa untuk solat subuh, sempat dia titipkan doa untuk kejayaannya hari ini. " Mak, mak doakan Iman menang ye mak" Iman mendapatkan ibunya dan mencium tangan untuk memohon keberkatan. Selepas itu dia terus mencapai basikalnya di laman rumah dan bergegas ke sekolah.

Di sekolah, hati Iman berdebar-debar, dia membetulkan kot yang dipakainya, dia mahu kelihatan kemas kerana itulah imejnya nanti. Dia tidak kekok memakai kot kerana dia merupakan penolong ketua pengawas yang memang wajib memakai kot setiap hari." Cikgu, nanti berapa orang yang pergi untuk jadi penyokong? saya nak bawak kawan-kawan baik saya cikgu" Iman berkata sambil memandang cikgu yang merupakan guru kurikulum di sekolah itu." Awak jangan risau Iman, pengetua sekolah dah tempah 1 bas untuk bawak kawan-kawan awak sebagai penyokong" cikgunya berkata sambil tersenyum. Cikgu Izah merupakan cikgu yang selalu bersamanya ketika apa-apa pertandingan yang disertainya. Jadi, hubungannya amat akrab dengan cikgu itu.

Tepat jam 8 pagi Iman mula bertolak ke Pusat Sumber Negeri yang merupakan tempat berlangsung pertandingan pada hari ini. Sampai sahaja di sana, hati iman mula berdebar-debar. Dia melihat sekeliling. Ramai pelajar yang menyertai pertandingan hari ini, ini kerana pada hari ini sahaja terdapat 5 pertandingan akan berlangsung termasuk prtandingan pidato dan nasyid. Di tengah-tengah ramai itu, Iman merasa sangat rendah diri kerana dia sedar siapa dirinya. Baju yang dipakai sudah agak lusuh kerana telah 2 tahun tidak bertukar namun tetap bersih. Memang ibunya selalu berpesan walau macam manapun baju yang dipakai, apa yang lebih penting ialah bersih. Tudung labuh yang dipakai seolah-olah manggambarkan dia dari sekolah agama sedangkan dia hanyalah dari sekolah harian biasa.

Bukan dia tidak mendapat tawaran ke MRSM atau SBP namun kerana keluarganya miskin, ayahnya tidak mampu untuk membayar kos yang mahal. Cukuplah kakaknya seorang yang ke MRSM. Namun, syukur kepada Allah, walaupun keluarganya miskin, semua kakak dan abangnya berjaya menyambung pelajaran di Universiti." Kepada semua peserta pertandingan. anda dikehendaki duduk mengikut kerusi yang telah ditetapkan untuk daerah masing- masing. " Iman mula tersedar dari lamunannya, matanya melilau-lilau mencari kerusi yang mempunyai pelekat nama daerahnya. Wajahnya yang cantik dan ayu memang mudah meraih perhatian orang sekeliling. Ada suara-suara nakal pelajar lelaki mangajaknya duduk di tempat mereka.

Iman lega apabila ternampak tanda sekolahnya. Selepas itu Iman dipanggil ke belakang pentas untuk membuat undian, dia merupakan peserta ke dua yang akan berpidato. Di belakang pentas, hati Iman mula berdebar semula. Peserta pertama telah dipanggil, kecut perut iman apabila mendengar suara peserta pertama yang baginya amat berbakat dalam berpidato dan mempunyai peluang yang cerah untuk menang. Iman berdoa dalam hati agar Allah permudahkan segala urusannya. Sekejap lagi gilirannya pula, usai peserta pertama, nama Iman dipanggil untuk peserta yang ke dua. Dengan penuh keyakinan, Iman melangkah keluar. Die memberikan senyuman kepada semua hadirin dan hakim di bawah pentas. "phiwit....hehehehe" Kedengaran suara-suara nakal dari bawah. Iman mula memulakan bicara, beberapa ketika kemudian, elektrik tiba-tiba terputus, pembesar suara yang digunanya tidak berfungsi. Iman mula resah, namun dia cepat-cepat mengawalnya dengan terus menyambung tiap patah bicaranya dengan lancar. Dia terpaksa melantangkan suara dalam dewan yang besar itu agar semua hadirin dapat mendengar dengan jelas."wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahah hiwabarakatuh..." Iman menghabiskan patah terakhirnya dengan lega.

Wajahnya yang putih melepak telah bertukar kemerahan kerana terpaksa mengguna semua tenaganya untuk berpidato tadi. Iman dengan tertib turun dari pentas, hatinya bagai mahu menangis." Kenapalah tiba-tiba elektrik lak problem, tak pasal -pasal mike tak bunyi" Iman mula mengomel dalam hati. Die pergi mendapatkan gurunya di bawah pentas. Gurunya hanya mampu menepuk- nepuk bahunya tanda memberikan sokongan. Di kerusinya, Iman mula membuka buku matematik tambahan yang di bawa, die sedar yang SPM nya dua hari lagi sedang dia belum lagi habis menelaah. Dia fokus membuat latihan matematik tambahan tanpa menghiraukan susana sekeliling. Iman seolah-olah hilang dalam dunianya. Tanpa disedari Iman, sepasang mata sedang memerhatikannya.

Aqil Zakuan, pelajar dari sekolah agama yang berlainan daerah dari Iman Alisa dari jauh memerhatikannya."Apasal la pempuan tu asyik tengok buku je....da la bising sekarang...leh lak budak tu study" Aqil Zakuan mula berkata sendiri. Sebenarnya dari awal-awal datang lagi die sudah terpandang Iman Alisa, hatinya terdetik untuk mengenali perempuan itu dengan lebih dekat. Dia agak terkejut apabila Iman Alisa muncul di pentas untuk berpidato tadi. Dia memang tidak menyangka perempuan selembut itu berbakat dalam berpidato. Hatinya mula melonjak-lonjak untuk mengenali perempuan itu dengan lebih dekat. Hatinya mula dipagut hairan apabila melihat Iman Alisa tekun membaca buku. " Woii, jom cepat, kita kena pergi belakang pentas ni..jap lagi da giliran kita lak nasyid ni..." Aqil Zakuan tersentak dari lamunannya, baru dia tersedar yang dia telah terlalu lama memerhatikan perempuan tadi. "okey3. jom cepat...wei, aku rase takut ni...kang suara aku tak terkeluar lak..hu3.."Aqil Zakuan mula menyuarakan resah hatinya."Ala.. x pe, kita da betul-betul da praktis...kite mesti leh la weh..aku yakin" Aqil Zakuan mula bersemangat semula apabila mendengar kata-kata semangat kawannya tadi."Da... Jom kita pergi, jap lagi da giliran kita ni..jom kawan-kawan semua...kita teruskan nasyid dakwah kita ini..." Aqil Zakuan dan kawan-kawannya mula melangkah apabila selesai ketua pasukan mereka memberikan kata-kata semangat.."Senyum seindah suria" Kepala Iman Alisa mula mendongak dan melihat ke arah pentas apabila mendengar suara tadi. Hatinya tertarik apabila mendengar suara lemak merdu nyanyian nasyid itu. Dia yang dari tadi khusyuk membuat latihan matematik tambahan mula tertarik untuk mendengar persembahan nasyid dari peserta sekolah agama itu sehingga habis." Merdunya suara diorang ni"Hati Iman Alisa berkata sendiri. "bersambung di lain masa, bila aku free aku smbung tulis ek...jgn lupe komen utk aku tngkt pnulisan aku..."


4 comments:

  1. ain.. ko wat cite best dah..
    tp wat paragrafe jer... baru best nk baca...
    aku tgk ni mcm karangan y x da perengan lah..
    hehehhee..

    ReplyDelete
  2. hahahaha..yeker..k2..
    aku ubah nti ek..
    time kacih weh..
    ko dah kuatkan semangt ak utk trus brkarya

    ReplyDelete
  3. rasany elok ubah bg ada perenggan sebab aku bacapun br suku sebab sakit mata la...alohaiii

    ps:ok la cter nie...tp nie cerpenkan?novel lain kan?

    ReplyDelete
  4. eh..
    x la..
    aku nak wt novel..tpi aku wt by part la..
    ni baru part 1..
    aku x de mase nti baru aku smbung part 2...
    k2..
    nti aku edit dalam bntuk prnggan..
    heheehehe..

    ReplyDelete