Monday, May 18, 2009

H1N1

Terpanggil dengan gaya hidup pekerja aku yang tidak begitu mementingkan penjagaan kesihatan dan kebersihan serta selari dengan situasi global yang di landa wabak H1N1. Di sini ingin aku berikan sedikit info berkaitan H1N1 seperti mana info ini aku berikan kepada pekerja aku yang daripada pelbagai negara termasuk Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Indonesia dan macam-macam negara lagi.
Bermula 30 April 2009, pihak WHO secara rasmi menamakan wabak ini sebagai wabak influenza A(H1N1) dan bukan lagi wabak swine flu atau selsema babi. Influenza A(H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009.
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit-birit.
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecir pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang itu akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair penyakit.
Apakah yang harus kita lakukan untuk menghindari penyakit ini adalah jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk, kerap cuci tangan dengan air dan sabun, elak menyantuh muka khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan, Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini elakkan berada di tempat awam yang sesak, ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil dan amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.
Situasi di Malaysia menunjukkan sehingga 18 Mei 2009, sebanyak 111 kes yang telah dinotifikasi dari seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, kes yang telah di sahkan positif influenza A(H1N1) kekal kepada 2 orang. 109 kes disahkan bebas dari Influanza A(H1N1) trmasuk 3 daripadanya adalah pesawat MH 091

No comments:

Post a Comment